Fuji Xerox Strengthens Synergies Within Fujifilm Group to Create Growth Globally

Rebrands Asia Pacific Operations to Fujifilm from April 2021

TOKYO, November 5, 2020 – Fuji Xerox announces that its Asia Pacific operations will change to the Fujifilm brand with the changing of Fuji Xerox Co., Ltd. corporate name to FUJIFILM Business Innovation Corp. on April  2021. This change is brought forth based on the company’s decision to end the Technology Agreement with Xerox Corporation on the agreement’s expiration date, March 31, 2021. The Technology Agreement provides for technology/brand licenses and sales territories applicable to each company.

Fuji Xerox and Xerox Corporation have a history of benefiting from the shared use of technologies each company independently developed. Fuji Xerox has thrived in the speed and level of product development and have been establishing its own technologies for many years. As such, Fuji Xerox is well positioned to continue developing and manufacturing its original products using its own, unique technologies after the expiration of the Technology Agreement with Xerox Corporation.

Fuji Xerox will also provide services and maintenances including managed print services to customers in full performance of current agreements with them, without regard to the expiration of the Technology Agreement with Xerox Corporation.

With affluent know-how accumulated to date and trust earned from customers, Fuji Xerox aims to foster innovation with the other companies in the Fujifilm Group by accelerating the market introduction of solutions and services that build on technologies related to the cloud, artificial intelligence, and the Internet of Things. Additionally, Fuji Xerox will work swiftly to strengthen its document and adjacent businesses as well as to expand into new business areas, and to bring about business innovations by supporting the use and sharing of knowledge that will enable office workers to further increase their productivity and efficiency.

Likewise, on April 1, 2021, the sales departments in Japan and all 31 domestic sales subsidiaries plus Fuji Xerox InterField will integrate as one to establish a new company, FUJIFILM Business Innovation Japan Corp.

The new corporate name represents Fuji Xerox’s commitment as part of the Fujifilm Group―which promotes “Value from Innovation” as its corporate slogan―to expand into a wide range of business areas going forward and to always continue delivering business innovations.

 

[List of major Asia Pacific affiliates]

Current company name

New company name after April 2021 

Fuji Xerox Asia Pacific Pte Ltd
(Regional management of sales affiliates in Asia/Oceania countries and regions)

FUJIFILM Business Innovation Asia Pacific Pte. Ltd.

Fuji Xerox Asia Pacific Pte. Ltd. (Malaysia Operations)
(Sales and services of office equipment in Malaysia)

FUJIFILM Business Innovation Asia Pacific Pte. Ltd.(Malaysia Operations)

Branch of Fuji Xerox Asia Pacific Pte Ltd (Cambodia)
(Sales and services of office equipment in Cambodia)

Branch of FUJIFILM Business Innovation Asia Pacific Pte. Ltd. (Cambodia)

Fuji Xerox Singapore Pte Ltd
(Sales and services of office equipment in Singapore)

FUJIFILM Business Innovation Singapore Pte. Ltd.

Fuji Xerox Australia Pty. Limited
(Sales and services of office equipment in Australia)

FUJIFILM Business Innovation Australia Pty Ltd

Fuji Xerox New Zealand Limited
(Sales and services of office equipment in New Zealand)

FUJIFILM Business Innovation New Zealand Limited

Fuji Xerox (China) Limited
(Sales and services of office equipment in China)

FUJIFILM Business Innovation (China) Corp.

Fuji Xerox Taiwan Corporation
(Sales and services of office equipment in Taiwan)

FUJIFILM Business Innovation Taiwan Co., Ltd.

Fuji Xerox Korea Company Limited
(Sales and services of office equipment in Korea)

FUJIFILM Business Innovation Korea Co., Ltd

Fuji Xerox (Thailand) Co., Ltd.
(Sales and services of office equipment in Thailand)

FUJIFILM Business Innovation (Thailand) Co., Ltd.

Fuji Xerox Philippines Inc.
(Sales and services of office equipment in the Philippines)

FUJIFILM Business Innovation Philippines Corp.

Note: Due to the registration processes of respective countries, the exact date as to when the new names will go in effect may vary per affiliate

 

###

 

About Fuji Xerox

Founded in 1962, Fuji Xerox Co., Ltd. is a leading company in offering smarter ways to work with its document-related solutions and services, as well as with the world-class office multifunction devices, printers and production printers that we develop and manufacture for worldwide distribution. 

Fuji Xerox is a wholly owned subsidiary of FUJIFILM Holdings Corporation with direct sales force covering Japan and the AsiaPacific region including China. As a U.S. 10 billion dollar enterprise, we employ approximately 40,000 people globally, with more than 80 domestic and overseas affiliates / sales subsidiaries. On April 1, 2021, Fuji Xerox will change its corporate name to FUJIFILM Business Innovation Corp. 

Fuji Xerox Asia Pacific is the subsidiary of Fuji Xerox overseeing sales operations in the Asia-Pacific region.
https://www.fujixerox.com.my/

 

Media Contact:

Joelle Liu
Manager II, Marketing Communications
Fuji Xerox Asia Pacific Pte. Ltd., Malaysia Operations
DID: +60 3 7946 1629
Email: Joelle.Liu@mys.fujixerox.com

 

Xerox, Xerox and Design, as well as Fuji Xerox and Design are registered trademarks or trademarks of Xerox Corporation in Japan and/or other countries.

 

####

 

Fuji Xerox Perkukuh Sinergi Dalam Fujifilm Group untuk Cipta Pertumbuhan Seluruh Dunia

Penjenamaan Semula Operasi Asia Pasifik kepada Fujifilm mulai April 2021

TOKYO, 9 November 2020 /PRNewswire/ --  Fuji Xerox mengumumkan bahawa operasi Asia Pasifiknya akan bertukar kepada jenama Fujifilm dengan pertukaran nama korporat Fuji Xerox Co., Ltd. kepada FUJIFILM Business Innovation Corp. pada April 2021. Pertukaran ini dibuat berdasarkan keputusan syarikat untuk menamatkan Perjanjian Teknologi bersama Xerox Corporation pada tarikh tamat perjanjian berkenaan, 31 Mac 2021. Perjanjian Teknologi tersebut memperuntukkan lesen teknologi atau jenama dan wilayah jualan yang diperuntukkan untuk setiap syarikat.

Fuji Xerox dan Xerox Corporation mempunyai sejarah memanfaatkan penggunaan teknologi bersama yang dibangunkan sendiri oleh setiap syarikat. Fuji Xerox telah berkembang maju dan mencapai tahap pembangunan produk serta mengukuhkan teknologinya sendiri selama bertahun-tahun. Oleh demikian, Fuji Xerox mempunyai kedudukan yang kukuh untuk terus membangunkan dan mengeluarkan produk-produk asalnya menggunakan teknologi miliknya sendiri yang unik selepas tamat tempoh Perjanjian Teknologi dengan Xerox Corporation.

Fuji Xerox akan turut menyediakan perkhidmatan dan penyelenggaraan termasuk perkhidmatan cetakan terurus kepada pelanggan dengan pelaksanaan penuh perjanjian semasa bersama mereka, tanpa mengambil kira tamatnya tempoh Perjanjian Teknologi dengan Xerox Corporation.

Melalui pengetahuan yang terkumpul sehingga kini dan kepercayaan yang diperoleh daripada pelanggan, Fuji Xerox bermatlamat untuk mendorong inovasi dengan syarikat-syarikat lain dalam Fujifilm Group dengan mempercepatkan pengenalan penyelesaian dan perkhidmatan pasaran yang memanfaatkan teknologi berkaitan dengan awan (cloud), kecerdasan buatan (artificial intelligence) dan Internet Pelbagai Benda (Internet of Things). Di samping itu, Fuji Xerox akan segera berusaha untuk mengukuhkan perniagaan dokumen dan perniagaan berkaitan selain berkembang ke dalam bidang perniagaan baharu, dan membawa inovasi perniagaan dengan menyokong penggunaan dan perkongsian pengetahuan yang akan membolehkan kakitangan pejabat meningkatkan lagi produktiviti dan kecekapan mereka.

Pada 1 April 2021 juga, jabatan jualan di Jepun dan kesemua 31 anak syarikat jualan domestik berserta Fuji Xerox InterField akan disatukan bagi menubuhkan sebuah syarikat baharu, FUJIFILM Business Innovation Japan Corp.

Nama korporat baharu memperlihatkan komitmen Fuji Xerox sebagai sebahagian daripada Fujifilm Group - yang menggalakkan "Nilai daripada Inovasi" sebagai slogan korporatnya - untuk berkembang dalam pelbagai bidang perniagaan menuju ke hadapan dan agar sentiasa terus membawakan inovasi perniagaan.

 

[Senari rakan gabungan utama Asia Pasifik]

Nama syarikat semasa

Nama syarikat baharu selepas April 2021

Fuji Xerox Asia Pacific Pte Ltd

(Pengurusan serantau rakan gabungan jualan di negara-negara serta wilayah-wilayah Asia/Oceania)

FUJIFILM Business Innovation Asia Pacific Pte. Ltd.

Fuji Xerox Asia Pacific Pte. Ltd. (Operasi Malaysia)

(Jualan dan perkhidmatan peralatan pejabat di Malaysia)

FUJIFILM Business Innovation Asia Pacific Pte. Ltd. (Operasi Malaysia)

Branch of Fuji Xerox Asia Pacific Pte Ltd (Kemboja)

(Jualan dan perkhidmatan peralatan pejabat di Kemboja)

Branch of FUJIFILM Business Innovation Asia Pacific Pte. Ltd. (Kemboja)

Fuji Xerox Singapore Pte Ltd

(Jualan dan perkhidmatan peralatan pejabat di Singapura)

FUJIFILM Business Innovation Singapore Pte. Ltd.

Fuji Xerox Australia Pty. Limited

(Jualan dan perkhidmatan peralatan pejabat di Australia)

FUJIFILM Business Innovation Australia Pty Ltd.

Fuji Xerox New Zealand Limited

(Jualan dan perkhidmatan peralatan pejabat di New Zealand)

FUJIFILM Business Innovation New Zealand Limited

Fuji Xerox (China) Limited

(Jualan dan perkhidmatan peralatan pejabat di China)

FUJIFILM Business Innovation (China) Corp.

Fuji Xerox Taiwan Corporation

(Jualan dan perkhidmatan peralatan pejabat di Taiwan)

FUJIFILM Business Innovation Taiwan Co., Ltd.

Fuji Xerox Korea Company Limited

(Jualan dan perkhidmatan peralatan pejabat di Korea)

FUJIFILM Business Innovation Korea Co., Ltd.

Fuji Xerox (Thailand) Co., Ltd.

(Jualan dan perkhidmatan peralatan pejabat di Thailand)

FUJIFILM Business Innovation (Thailand) Co., Ltd.

Fuji Xerox Philippines Inc.

(Jualan dan perkhidmatan peralatan pejabat di Filipina)

FUJIFILM Business Innovation Philippines Corp.

Catatan:  Lantaran proses pendaftaran negara masing-masing, tarikh sebenar apabila nama-nama baharu tersebut akan dikuatkuasakan mungkin berbeza mengikut setiap rakan gabungan.

 

###

 

Tentang Fuji Xerox

Ditubuhkan pada tahun 1962, Fuji Xerox Co., Ltd. merupakan syarikat terkemuka dalam menawarkan cara yang lebih pintar untuk bekerja dengan penyelesaian dan perkhidmatannya yang berkaitan dengan dokumen, serta dengan peranti multifungsi pejabat, pencetak dan pencetak pengeluaran bertaraf dunia yang kami bangunkan dan keluarkan untuk pengedaran di seluruh dunia. 

Fuji Xerox ialah anak syarikat milik penuh FUJIFILM Holdings Corporation dengan tenaga jualan langsung meliputi Jepun dan rantau Asia Pasifik termasuk China. Sebagai syarikat bernilai 10 bilion dolar Amerika, kami menggaji kira-kira 40,000 orang pekerja di seluruh dunia, dengan lebih daripada 80 anak syarikat / syarikat gabungan di dalam dan di luar negara. Pada 1 April 2021, Fuji Xerox akan menukar nama korporatnya kepada FUJIFILM Business Innovation Corp.

Fuji Xerox Asia Pacific merupakan anak syarikat Fuji Xerox yang menyelia operasi jualan di rantau Asia Pasifik.
https://www.fujixerox.com.my/

 

Hubungi:

Joelle Liu
Pengurus II, Pemasaran & Komunikasi
Fuji Xerox Asia Pacific Pte. Ltd., Operasi Malaysia
DID: +60 3 7946 1629
Email: Joelle.Liu@mys.fujixerox.com

 

Xerox, Xerox and Design, serta Fuji Xerox and Design ialah tanda dagangan berdaftar atau tanda dagangan Xerox Corporation di Jepun dan/atau negara lain.